Review Samsung Galaxy S Advance

Cerita pasal gadget Samsung iaitu keluaran smartphone mereka..semua orang  tahu tentang model Galaxy..Samsung mengeluarkan pelbagai jenis model smartphone Galaxy seperti Galaxy S, Galaxy S Plus, Galaxy W, Galaxy R , Galaxy Y dan banyak lagi..jika kita tengok dah macam mengikut abjad ABC lak kan..hehe..

Smartphone keluaran Samsung sangat menarik dari segi pretasinya (performance) , ini kerana apabila sesuatu model dikeluarkan spesifikasinya memang menarik dan berbaloi dengan harga untuk model yang dikeluarkan.
Yang menarik tentang pretasi setiap keluaran smartphone Samsung ialah dari segi kelajuan cpu yang disertakan disetiap model smartphonenya. Tetapi yang menjadi kurennggg sikit Samsung ni bab Design setiap smartphone dia..semua lebih kurang je..huhu..tapi aku tak pandang sangat design..yang penting dalam dia menarik dan puas hati..tu yang buat satu-satu smartphone tu memberi kepuasan pada pengguna..Betul tak..haha

Ok sebenarnya itu serba sedikit tentang keluaran smartphone Galaxy yang boleh aku cuba terangkan..
Kat sini aku ingin memberitahu tentang keluaran terbaru smartphone Samsung Galaxy..iaitu Samsung Galaxy S Advance..kira macam adik kepada Samsung Galaxy S la..keturunan dia gak orang kata..haha..
tetapi yang menariknya spesifikasinya lebih bagus dari Samsung Galaxy S..iaitu ia menggunakan cpu Dual-core 1 GHz Cortex-A9, size skrin 4.0 inci, kamera 5mp (auto focus) dan mempunyai LED Flash , 768 MB RAM, 2 GB ROM, selain itu bagi protect screen dia menggunakan Corning Gorilla Glass..memang terbaik la kan..hehe

Samsung Galaxy S Advance ini di umumkan pada Januari 2012 oleh Samsung dan akan bermula perjualannya di negara Rusia dan kemudiannya barulah di negara-negara lain termasuk la negara kita.

Ini gambar Samsung S Advance (macam design abang dia kan..hehe) :






ini salah satu video dari pengguna negara filipina (uhhh..sana dah jual dah..huhu) :




Bagi harga pula..tiada lagi harga yang telah ditetapkan oleh Samsung..sebab dari kajian yang aku tengok..harga ada yang tinggi dan ada yang rendah..Jika model ini dilancarkan di Malaysia..berkemungkinan harga dia kalau paling tinggi dalam RM 1400 dan paling rendah RM 1200 begitu..ini hanyalah ramalan..tiada cop sah lagi na..hehe..

Itulah antara review yang aku dapat beri dan kongsikan kepada kamu-kamu semua..harap dapat la membantu yang tertanya-tanya tentang keluaran baru smartphone Samsung..hehe..Lagi satu aku rasa tak rugi jika memiliki smartphone keluaran Samsung..kerana harganya tidak mudah turun..ini membuatkan smartphone anda akan dipandang tinggi oleh orang-orang lain..hahaha..tapi tu terpulang pada pendapat masing-masing la kan..

wasalam 


Written by

0 comments: